Wednesday, June 17, 2015

Persandingan Ain & Eliansyah

Tepat jam 2 petang, berlokasi di Kampung Pertanian,Masai, berlangsungnya persandingan antara Ain dan pasangan hidupnya Eliansyah. Mereka bersetuju dan memilih busana terbaru dari The Veil Bridal Gallery iaitu Songket Tiffany Blue untuk persandingan mereka. Nampak ayu dan manis,lelakinya nampak gagah perkasa bak Panglima . Manis berseri ...sama cantik sama padan !



Selepas bersanding dan makan beradap mengikut tatatertib raja sehari ,mereka mengambil kesempatan untuk memotong kek pengantin. Kek setinggi 3 tingkat yang disediakan oleh pihak kami telah diserikan dengan dekorasi yang sangat menarik.







Liputan dari kamera dan video dari pihak kami juga tidak ketinnggalan untuk merakam detik detik manis yang bersejarah ini. Keabadian cinta mereka akan diabadikan buat selamanya...



Kanopi warna pilihan mereka iaitu pink & hijau pucuk pisang agak menarik ! 






No comments:

Post a Comment